Tuesday 26 March 2013 • 3/26/2013 12:49:00 am • 0 Famous
Assalammualaikum Entry kali ni Reff nak cerita tentang hubungan yang sudah lama terjalin tetapi akhirnya mereka perlu akur dengan takdir ALLAH yang si dia bukan teman hidup kita. Mari kita sama-sama baca Entry kali ini :)

JIKA BUKAN JODOH KITA
     Cuba kita tengok dekat seliling kita hubungan yang sudah lama terjalin mahupun baru terjalin akhirnya mereka perlu akur kadang Cinta mereka tergantung di tengah jalan atau berpisah atas sebab tertentu. Sebab yang selalu kita dengar adalah HATI, Perasaan selalu di permainkan, di kecewakan & di lukai.
   Tetapi walaupun dia bukan milik kita lagi, Kita perlu redha dan pasrah. Kita hanya perlu berserah pada ALLAH. Kita jangan sesekali mengalah. Jika sekali kita jatuh terduduk ingat ALLAH akan hantar orang yang lebih baik pada masa akan datang. In Sha ALLAH.
   Bila kita dah Sayang seseorang tu tetapi kita perlu melepaskan si dia pergi itulah perkara yang paling sukar kita terima dalam hidup kita kerana segala hati dan perasaan kita dah bagi sepenuhnya. Tapi ingatlah selagi ALLAH belum temukan jodoh kita. selama mana kita dengan si dia. Akhirnya ke cundang juga. Jadi bersedialah!
  Kadang bila kita sudah berpisah dengan si dia. Kerinduan ni membuatkan kita sukar untuk melupakan orang yang pernah bersama kita sebelum ini. Buat kita semakin ingin kembali pada si dia. Tetapi kalau si dia bukan jodoh kita. Kita tidak akan bersama. ALLAH tahu mana yang terbaik untuk diri kita. Jika dia pernah mengecewakan kita dan setelah itu kita memutuskan hubungan dengan si dia. Itu tanda awal yang ALLAH dah tunjuk pada kita yang si dia bukanlah yang terbaik buat kita. Berterima Kasihlah kepada ALLAH yang selalu dengar doa kita dan memberi yang terbaik untuk hamba-NYA.
  Memulakan jalinan dan ikatan cinta memang indah bersama orang tersayang. Segala memori dengan si dia kita akan ingat.Segalam SMS dia kita baca berulang kali. Gambarnya kita tengok setiap hari. Telefon pada tengah malam. itu semua untuk pengubat rindu. Walaupun kita dah selesa bersama si dia. Tetapi jika suatu hari nanti dia bukan di takdirkan bersama kita. Kita pasti akan menangis kerana hati kita pasrah dan sakit. Jad menangislah legakan hatimu itu. Biar tenang, anggaplah antara kita dan si dia  adalah kenangan masa lampau yang akan di ingati hanya sebagai kenangan yang menjadi sebahagian dalam hidup kita.
    
      Kadang bila kita berpisah  dengan si dia akhirnya cinta itu berputik kembali adi jaga lah hubungan itu dengan sebaiknya. Jodoh di rahsiakan dari dalam hidup kita oleh ALLAAH yang Maha Esa. Kita pun jangan lah ambil enteng atas hubungan tu. Kita berhak pertahankannya. Kadang ALLAH banyak menguji kita dalam bercinta. Sama ada kita nak mengalah atau terus mempertahankan hubungan itu.

     YA ALLAH JIKA DIA BUKAN JODOH KU AKU HARAP KAU AKAN MEMISAHKAN KAMI DENGAN CARA YANG TERBAIK DAN TIDAK TERLALU MENYAKITI AGA DIRI INI TIDAK AKAN PERNAH MEMBENCI SI DIA YANG PERNAH MEMBUATKAN HIDUP AKU BAHAGIA BERSAMA SI DIA KETIKA DULU. KAU KUAT KAN LAH AKU UNTUK HADAPI DUGAAN INI BERSAMA-MU. AMIN


    Sekian saja entry Reff untuk kali ini. Jika ada masa saya akan cari pelbagai cerita dan ilham yang akan di kongsikan bersama apa yang pernah berlaku di dalam hidup ini. Assalammualaikum :)






//OLDER////NEWER//