Wednesday 13 March 2013 • 3/13/2013 12:04:00 pm • 0 Famous
Assalammualaikum mari kita baca dan hayati satu persatu apa yang kita cuba cari di sekeliling kita. Apa yang ada pada pasangan kita :)


Bila Hati Sudah di Miliki Oleh Seseorang....
1..Hati ini Selalu akan memikirkan si dia. Walaupun Baru sahaja Berjumpa dengan si Dia, Rasa rindu akan menyelubungi diri kita. Bila suasana sunyi kerinduan ini akan bertambah.. Pesanan ringkas yang dikirim oleh dia kita tatapi dan baca berulang kali. Gambar dia menjadi peneman kita. 

2. Bila kita bergaduh dengan si dia, Dia akan memujuk diri kita dan cuba pertahankan hubungan tu. Dia berusaha untuk memulihkan keadaan itu seperti tiada apa yang berlaku sebentar tadi. Dia buat kita kembali ceria dengan pujuknya yang memikat hati kita...


3. Ketika kita On the phone(OTP) dengan si dia pada larut malam(pukul 12 malam ke atas). Setelah berjam-jam Otp, mata sudah mengantuk untuk masuk tidur. Selepas meletakkan telefon baru sahaja lepas 5 minit Hati dan perasaan ni dah rindu pada si dia..Padahal masa otp tadi dah melepaskan rindu yang teramat.


4..Masa kita berjalan-jalan dengan si Dia kita akan jalan perlahan-lahan, Kita nak nikmati masa bersama si dia. Kita nak luangkan masa kita dengan dia. Kadang bila berjalan dengan kawan kita jalan macam lipas kudung kan? Hehe. Tapi jalan dengan orang tersayang gerak geri kita perlahan. Kadang lepas dah dating tu pun. Susah nak lepaskan dia balik rumah. Rindu nanti dekat dia. Macam tak puas nak berjumpa dan luang masa dengan dia sebentar tadi..


5. Dia tak pernah kenal erti 'Give up' atau mengalah. Dia tak akan sesekali mengalah untuk mendapatkan kita semula. Dia sanggup berubah ke arah kebaikan dan menjadi seorang insan yang lebih baik dan mampu mencairkan hati kita serta dapat menunjukkan diri dia betul-betul perlukan diri kita. Dia tidak kenal erti menyerah dan buat selagi mampu.


6.Dia akan selalu membimbing kita ke arah kebaikan dan jalan ALLAH S.W.T. Dia akan pasang niat untuk bersama kita selamanya. Dia akan ambil serious dengan kata-katanya itu.


7.Bila dia dah berjanji dengan kkita, Si Dia akan menunaikan segala janji dia terhadap kita. Dia bukan seorang yang SWEET TALKER Tetapi kata kata dia romantik yang penuh makna.


8.. Dia akan bersikap matang dalam menguruskan hubungann Cinta anda berdua. Dia tak akan ambil mudah sahaja.


9. Dia menjadi seorang yang lebih mengambil berat tentang diri kita. Begitu prihatin terhadap diri kita. Bila berjauhan dia akan tahu erti Kefahaman dan kepercayaan. Dia tahu itu akan dapat mempertahankan hubungan mereka.


10.Dia selalu bagi kejutan kepada kita sampai buat kita terharu sehingga menitiskan air mata terharu dan gembira. Seperti kita menjadi insan Teristimewa baginya. Kita seperti di hargai.


11. Si Dia menghormati kita. Tahu menjaga maruah diri kita. Selain itu, Dia rapat dengan keluarga kita. adik kita dan ahli keluarga kita. Pandai mengambil hati Orang Tua Pasangannya. Menghormati mereka. Paling utama sekali dia akan cuba rapat dengan sesiapa yang rapat dengan pasangannya untuk tahu lebih lanjut tentang pasangan dia.


12..Dia sentiasa ada sikap bertanggungjawab terhadap diri kita. Bila kita nampak dia seorang yang boleh menjaga ahli keluarganya dengan baik, Maka dia mampu menjaga kita dengan baik juga. In Sha ALLAH.


13.Bila kita asyik terfikir tentang si dia. Hati ini tiba-tiba rasa rindu yang teramat. Bila terbayang muka dia Hati ini berdegup kencang. Sentiasa terfikir kenangan bersama dan saat bersama-sama.


14.. Dia sanggup berkorban untuk diri, Walaupun ianya hanya lah kecil percayalah satu hari nanti bila cinta dah berputik pengorbanan dia akan lebih besar terhadap diri kita.


Ingatlah Cinta Sejati itu Lahir dari Hati dan Perasaan yang Ikhlas terpancar dari Hati dan di luahkan Untuk di rasai bersama. Cinta Itu banyak memberi dugaan kepada kita, Itu adalah Ujian ALLAH. Bila dia sanggup mempertahankan hubungan itu dan Sayang seadanya pada diri kita. Dia adalah orang yang tepat buat kita. Tapi Jodoh itu Rahsia ALLAH. Kita berhak mempertahankan hubungan tu jika kita betul-betul sayang pada Dia. Buktikan Cinta kita adalah ikhlas lahir dari Hati

Sampai di sini sahaja coretan untuk kali ini. Sebenarnya banyak nak menaip tapi cukup sampai sini. Harap anda seronok menghayatinya. Renungkan bersama. Adakah itu ciri-ciri/ Apay yang kita impikan atau pun sudah kita miliki. Apa pun kita bersyukur dan terima dia Seadanya. Kadang dia yang dulu Nakal, Sanggup berubah ke arah kebaikan untuk memiliki kita semula. Kita cuba bagi peluang pada si dia :)



//OLDER////NEWER//