Jodoh itu Rahsia Allah ^^
Sunday 10 March 2013 • 3/10/2013 05:15:00 am • 0 Famous
JODOH ITU RAHSIA ALLAH


Assalammualaikum Di sini saya ingin berkongsi satu cerita tentang CINTA.. Cerita dia macam ni*Sediakan makanan dan minuman dekat tepi korang,Sambil baca sambil makan itu baru SYOK..

Cerita bermula...

     Kisah ni tentang Cinta yang sudah ALLAH pertemukan untuk Cinta si Dia( pada si Perempuan dan Lelaki itu) Mereka dah kenal sangat lama. Dari si perempaun tu 'FORM1' dan si Lelaki 'Form3' Yang kini Si Perempuan berumur 20 tahun dan sedang melanjutkan pelajaran ke peringkat'DEGREE' dan Lelaki tu pula dah bekerja di bawah Syarikat yang'Besar'
       Sekarang ni masing-masing sudah besar dan berfikiran matang. Sebelum melanjutkan jalan cerita ni SAYA nak bagitahu. Sepanjang diaorang ni bercinta banyak kali juga tali ikatan cinta mereka terputus. Biasalah cinta monyet masa zaman Remaja. Masa si perempuan tu baru habis peperiksaan SPM kira lepasan SPM lah kan. Mereka berdua tak lagi CONTACT. Kira Lost contact lah. atas sebab si lelaki tu permainkan dia, Curang dengan si perempuan tu dalam diam. Perempuan tu dapat tahu dari Bf kepada kawan dia. Masa tu si Perempuan tu nekad tak nak berhubung langsung dengan Lelaki tu *Bayangkan lah saat seseorang tu dah mula hargai dan Saya pada seseorang itu. Tapi akhirnya cinta dia di Khianati. Sangat peritlah rasanya. Hati dia terluka. Hanya dia dan Maha Esa saja tahu betapa peritnya luka itu.
  Setelah dua tahun lebih mereka tidak bersemuka dan tidak pernah berhubung antara satu sama lain.Kini umur si perempuan tu dah 20 tahun dan si lelaki itu 22 tahun. Pada satu petang yang sudah nak masuk Maghrib. Tiba-tiba Adik si perempuan itu menegur si Ex perempaun itu di FaceBook. Dalam Syok berchatting Si bekas Bf si perempuan tu cerita serba sedikit tentang pengalaman hidup yang dia sudah lalui kepada adik si perempuan tu. Bagaimana Hidup si lelaki tu betul betul rasa sunyi dan menyesal bila tinggalkan perempuan tu begitu saja..
     Masa diaorang tak bertegur selama 2 tahun lebih ni banyak pereubahan pada si lelaki dan si perempuan tu. Si lelaki berubah kepada lelaki yang kita jarang nampak di dunia ini dan sikapnya yang semakin matang dan hargai setiap perinci sesiapa yang menjadi pasangannya itu jadi idaman setiap Pasangan yang bercinta. Mana tak nya si Lelaki itu tak pernah mengalah untuk memenangi isi Hati si perempuan tu. Bagi Lelaki tu jika dia dapat semula si perempuan tu dia akan menghargainya dan tak akan mengulangi kesilapan yang lepas. Dia anggap diri dia buta pada masa lampau kerana tidak nampak apa yang sudah cukup sempurna di depan mata. Inilah masa yang tepat untuk dia bertemu jodoh yang dia rasa sudah di seru ALLAH untuk diri dia.
   SI Lelaki tu berusaha dapatkan hati SI Perempuan tu dengan pelbagai cara. Melalui adik si perempuan dan keluarganya. Dia melakukan pelbagai cara untuk dapatkan hati si perempuan tu semula. Mana taknya Hati Perempuan bila dah terluka. Egonya mula tinggi dan dia susah untuk kembalik ke pangkuan ex dia sebab mereka takut kisah silam tu akan di ulangi. Kaum Hawa sangat takutkan perekara itu. Dia tak nak di kecewakan lagi.

     Si Lelaki tu keluar menonton wayang bersama adik Lelaki si perempuan tu. Adik si Lelaki tu lah banyak menolong bekas bf akak dia untuk mendapatkan dia balik. Umurnya baru 19 tahun tapi tahap pengetahuannya tentang cinta meluas. Dengan hati Ikhlas adik si lelaki bagitahu cara untuk memikat Hati Perempuan balik especially orang yg pernah kita permainkan dan cara untuk dapatkan semula. Pelbagai cara di lakukan untuk mengajak perempuan tu keluar tapi Si Perempuan tu masih menolak ajakan si lelaki tu. Lelaki tu tak pernah mengalah walaupun hati dia penat. Si lelaki  tu datang kerumah perempuan tu untuk meminta Izin dari mama and papa perempuan tu untuk bawa anak dia keluar. Parents si perempuan tu bagi saja keluar kerana sudah terpaku dengan senyuman si lelaki tu, Budi bahasa si lelaki tu, Cara hormat orang tua. Tangan dia cium ke bibir. Telah memikat hati si ibu bapa perempuan tu.
Tetapi nasib si Lelaki itu tak baik, Si perempuan tidak keluar dan beri isyarat kepada si adik lelaki tu yang kakaknya tak nak keluar dengan lelaki itu. Perempuan itu ada sebab yang kukuh kerana dia belum bersedia lagi untuk jumpa dengan bekas kekasih dia itu. Lelaki itu masih mampu bersabar walaupun hati berkecamuk. Hati terluka dan malu.

    Pada Hari seterusnya lelaki itu cuba memikat hati si perempuan itu melalui kata-kata yg dia ajar adik si perempuan itu. Tambahan pula adik si perempuan tu pun jadi orang tengah untuk memulihkan hubungan mereka. Si adik banyak menasihati kakaknya.'' Dia cakap. Susah sebenarnya nak jumpa dengan bekas kekasih kita ikhlas untuk bersama kita semula, Sikap matang  si lelaki tu pada usia 22 tahun begitu menyerlah, serta budi bahasa dia. sikap rajin bekerja dan Sikap yang tidak pernh mengalah untuk memiliki si perempuan tu. Dia Ikhlas nak kan kau. Dari cara dia bersusah payah kejar kau, Kalau Lelaki lain aku rasa kalu perempuan tu tolak pelawaan sekali terus angkat kaki rasanya tapi dia tidak.

    Si Perempuan mula berfikir dan termakan kata si adik dia. Betul juga. Hati dan Perasaan si perempuan tu semakin terbuka untuk membuka sedikit pintu hati dia untuk si perempuan. Sebenarnya nak Pujuk si Perempuan ada cara. Tak Mudah nak juga nak pujuk perempuan yang pernah kita Lukai. Perasaan mereka kita haru jaga dan lebih berhati-hati. Pikat perempuan tu dengan perlahan-lahan supaya hati dia terbuka sikit untuk si Lelaki..

  Sepanjang malam  itu si perempuan tu mula tersenyum dengan membaca pesanan ringkas yang di beri oleh bekas kekasih dia tu. Dia pun perasan lelaki tu jadi lebih menghargai diri dia dan begitu ambil berat pasal dirinya. Hatinya sudah berbunga-bunga..


Hari seterusnya, Si lelaki itu BUSY bekerja. Tak adapt untuk contact si Perempuan tu. Hati si perempuan mula curiga. Dia duduk tidak senang, Makan tak selera. Perasaan risau dah mula di pamerkan di mukanya. *Tengok bila perempuan dah mula sayang pada si lelaki. Dia sangat risau tentang si lelaki tu. Dia takut apa apa terjadi pada si lelaki tu. Itulah begitu lembut dan sensetif si perempuan.  Malam tu si lelaki tu bagi dia 'SMS' Hati perempuan tu berbunga riang dalam text yang dia bagi itu semestinya si lelaki tu menjelaskan alasan kenapa satu harini dia menghilang. Atas alasan kerja dan tak ada perkara lain selain itu. Perempuan itu tarik nafas lega sambil ukir senyuman.


Pada keesokannya, Si lelaki mempelawa si perempuan untuk keluar bersama. Tetapi si perempuan tu beri alasan yang dia akan membawa adiknya juga atas alasan mereka bukan Muhrim maklumlah keluar malam Takut kena Tangkap Basah.. Sebab pada siang hari si lelaki tu BUSY bekerja. Jadi malam lah mereka keluar.

  Masa mereka keluar bertiga pada awalnya si lelaki dan perempuan malu malu kucing. Sebab dah berapa tahun tak jumpa. Tatpi setelah duduk berbual mereka sudah rancak berborak menjadi semakin mesra. Macam-macam mereka lakukan malam tu. Mereka sangat gembira dan seronok. Penat dan Letih si Lelaki itu pun hilang kerana gembira jumpa dengan bekas kekasih yang tampil ayu dan cantik malam itu dengan tudung yang kemas baju yang sangat cantik. Tampil menawan malam itu begitu juga si lelaki yang mengenakan kemeja dan seluar jeans serta kasut. Malam tu boleh pula mereka berdua pakai baju warnya yang sama iaitu hitam .Setelah sampai di rumah perasaan gembira si perempuan  terpancar di muka dia.. :)


Cuti Sem si perempuan sudah hampir tamat, Mereka menghabiskan masa bersama . Keluar bersama dan lakukan aktiviti untuk memikat hati si perempuan. Perempuan memang sukakan kejutan dari lelaki yang mereka sayang. Meraka akan rasa diri di hargai dan rasa SPECIAL buat diri dia. Si Lelaki itu hampir mendapat tempat di hati perempuan itu sepenuhnya. Mereka berasa gembira dan rasa bahagia itu. Lelaki itu pernah pesan Apa yang pernah berlaku sebelum ini kita harus lupakan.Tutup buku lama dan buka buku baru. Setiap orang akan berubah jika dia ada nawaitu yang ikhlas. Sejauh mana awak pergi saya akan tetap menunggu awak..


    Cuti Sem si Perempuan sudah pun tamat. Pada hari i perempuan itu ingin berangkat pergi pada malam itu. Lelaki itu BUSY bekerja. Dia menyatakan dia tidak dapat nak tengok si perempuan tu. Si lelaki itu pun Fikir macam-macam hati dia gelisah fikirannya penuh  dengan berfikir macam-macam. Sebab dia tak nak lah terlepas dari melihat kekasih hatinya pergi tanpa dia lihat. Si Perempuan belajar jauh dan bila cuti sem je baru balik rumah. Tu yang si lelaki takut untuk menahan rindu lamanya dia fikir macam macam.


Si Lelaki itu mengambil keputusan, Meminta Bosnya untuk keluar awal dan pergi bertemu si perempuan. Si lelaki pandang tepat ke arah jam. Dia harap dan berdoa dia tidak terlepas. Dia sempat membeli hadiah dan di masukkan kedalam beg hadiah yang Cantik. Si lelaki itu telah masak pudding untuk kekasih hatinya sebelum berangkat. Dia siapkan pudding tu pada siang tadi sebelum bekerja. Tujuan pudding di buat atas permintaan si gf. Si Lelaki itu mengejarnya menaiki kereta dan asyik menoleh ke arah jam.


Setelah sampai ke destinasi. Si Perempuan tidak menyangka si Lelaki itu datang kerana si Lelaki itu menyatakan yang dia BUSY teramat sangat Soal berkaitan project bersama bosnya. Lelaki itu terpacak lalu menyalam tangan ibu bapa si perempuan dan ahli keluarga si perempuan. Si Lelaki itu sangat Gentleman sebab buat kejutan untuk GF dia di depan ahli keluarganya. Lalu si Lelaki menghulur beg yang di isi hadiah dan puding serta bunga. Setelah Perempuan itu berangkat pergi. Si Perempuan itu membuka beg yang diisi  hadiah itu. Perempuan itu sangat terharu dengan Pudding itu. Bunga dan hadiah di dalamnya. Yang paling dia terharu adalah 'Small Text' dalam satu Kad,pada Kad tu ada gambar si lelaki itu supaya si perempuan sentiasa ingat dia Pada yang di beri. Text itu tertulis ' Awak Sejauh Mana Awak Pergi. Saya Setia untuk Menunggu Awak di Sini'' Itulah kata-kata yang terpapar pada Kad itu.


Setelah berapa lama mereka berjauhan lelaki itu masih sanggup untuk tunggu si perempuan itu dan menyatakn kepada perempuan itu setelah si perempuan itu Tamat belajar dan kejar impian si perempuan itu, Si Lelaki akan masuk meminang untuk mengahwininya. ITU LAH PERCATURAN DAN TAKDIR ALLAH. WALAUPUN KITA PERNAH BERPISAH TETAPI JIKA DI TAKTIDIRKAN BERSAMA KITA AKAN TETAP  BERSAMA SELAMANYA . JODOH ITU RAHSIA ALLAH TETAPI KITA BERHAK PERTAHANKANNYA HUBUNGAN ITU. SELITKAN DOA SEKALI. TAMAT LAH KISAHNYA.......






haa korang macam mana cerita ni? Untuk cerita seterusnya Reff akan fikirkan dan perah otak untuk kisah yang lain.... Assalammualaikum w.b.t :)

   



//OLDER////NEWER//