Friday 2 August 2013 • 8/02/2013 05:47:00 pm • 0 Famous
Apa Yang Kita Impikan.........


Hye Assalammualaikum semua... Rasanya dah hampir berbulan-bulan saya Tak update blog saya. Busy dengan kehidupan realiti saya dan sememangnya bukan Fantasi lagi. Saya menghabiskan banyak masa saya dengan Rutin harian saya. Kalau nak cerita macam terlalu panjang dan sangat panjang. Ada masa nanti saya Share bersama anda semua okay? :) Harini saya nak berkongsi sedikit  cerita bersama awak awak semua. Cerita ni pun apa yang kita nak sangat terjadi dalam hidup kita. Sambil anda baca, Jum kita sediakan ''Jajan'' dan minuman untuk teman anda... Hee :)

Bermulaaaaaaa lah cerita yang saya ingin kongsikan.......

Dalam kehidupan kita, Kita perlukan sebuah perhubungan di antara lelaki dan Perempuan iaitu hubungan PERCINTAAN... Lelaki & Perempuan di Luar sana sememangnya ingin merasai erti Cinta yang sebenar dan Cinta yang Ikhlas lahir dari Hati pasangan kita.

Kadang tu, Kita sendiri jealous bila tengok pasangan lain yang sedang hangat bercinta. Rasa macam OMG sweet gila diaorang ni. Cuba aku boleh jadi macam diaorang. Mesti indah dunia aku dan dia. Guys, Korang perlu ingat setiap hubungan PERCINTAAN  ni ada jalan Cerita masing masing. Yang ada persamaan cuma Hati kita di lukai, terluka dan Bahagia di penghujungnya.

Okay Now saya akan kongsi sedikit kisah yang ''AGAK SWEET'' juga lah.. Sebelum tu saya nak awak bayangkan. Sambil Pejam mata tau* Eh kalau pejam mata macam mana nak bacakan? haha. Okay cuba bayangkan lah anda di situasi yang saya ingin ceritakan.

Perempuan sememangnya suka sangat pada Kejutan(Suprise) yang di berikan BF / Teman Lelaki dia. Tak kira lah apa jenis kejutan tu pasti dia terasa diri dia begitu di hargai dan terasa begitu Istimewa dalam hidup lelaki itu. Okay sekarang bayangkan..... Kalau BF anda ajak anda semua pergi ''Candle Light Dinner'' dan spent time berdua dengan anda sahaja pada HARI JADI anda. Lepastu si BF anda ni mulakan perbualan terhadap anda. Dia buat ini semata-mata nak bagi kejutan untuk anda. *Memang nampak simple. Tapi perkara macam ni buat kita makin sayang dekat dia kan? Sambil anda menjamu makan malam anda bersama dia. Bertemankan bintang dan sinaran bulan yang Indah. si BF anda memetik topik dalam perbualan dia mengingatkan anda ''Macam mana  pertama kali kita berjumpa,''Macam mana kita boleh Berkenalan'', ''Bagaiman anda menjadi rapat sehingga boleh ke alam Percintaan'' Dia juga mengingatkan anda kenangan manis anda berdua sewaktu ketika dulu..*Mesti anda sedang tersenyum lebar dan tengah rindu si dia kan? Heee. Okay perkara macam tu si Perempuan pun akan rasa di hargai. Kerana si BF ingat akan perkara bila waktu anda bersama dengan BF anda.

Pada akhir sesi sebelum tamatnya hari lahir anda. Dia ajak anda untuk berjalan-jalan atau mengambil angin/ udara segar di persisiran Pantai yang Indah. Bunyi ombak yang begitu indah menemani kesunyian kita. Sebelum pukul 12 / sebelum tamat hari lahir anda. Dia melutut pada anda secara tiba-tiba dan mengeluarkan''CINCIN'' dan menyarungkan cincin pada jari anda. Saya tahu anda semua pasti Tergamam dan''Speechless'' masa tu. Dalam hati*Ya ALLAH romatiknya dia.....Macam macam lah anda katakan di hati anda tu hehe.... Selepas dia menyarungkan cincin pada Jari anda. Dia pun cakap ''HAPPY BIRTHDAY SAYANG'' Saya harap hubungan kita ini akan kekal. dan Pada waktu ini bukan hanya kenangan pada masa ini tapi bukan pada masa akan datang.. Tapi buat selama-lamanya... Ya ALLAH pasti jantung berdegup... tanda sayanggg dan terharu dengan sikap dia.........

Okay Macam mana cerita tentang situasi yang saya berikan tadi? Mesti anda semua nak macam tu kan? IN SHA ALLAH dengan Izin ALLAH. Ada masa lagi nanti saya update lagi okay? Kalau ada cadangan atau apa-apa idea bileh bagi COMMENT dan mention saya di Twitter...Apa yang saya kongsikan ini tiada kaitan dengan sesiapa tapi saya suka untuk reka sesuatu cerita berdasarkan situasi kehidupan ... Harap anda terhibur. Assalammualaikum :) TWITTER----->>> @HaziqRefff  ...


//OLDER////NEWER//