Saturday 3 August 2013 • 8/03/2013 08:30:00 am • 0 Famous
Di antara dua Pilihan, Di antara Dua
Arah & Dengan Satu Impian

Assalamamualaikum Semua pengikut / Pengunjung Blog saya. Sihat semua? Harap anda semua dalam keadaan yang sihat. Seperti biasa saya akan kongsikan sedikit kisah Percintaan bersama anda
yang di reka saya sendiri untuk tatapan anda semua. Hari ini saya sebenarnya nak kongsikan tentang kebahagiaan. Tapi memandangkan ramai yang terluka sebab cinta. Ini ada beberapa situasi yang ada kaitan dengan anda. :) Sediakan Beberapa kotak tisu sekali ya :) Heee

Cuba tengok orang di sekeliling kita. Macam-macam kisah percintaan yang kita dengar dari diaorang kan? Kadang sampai kita takut untuk bercinta lagi. Takut bila kita dah Mula sayang pada seseorang tu akhirnya hati kita di lukai. Tak akan siapa memahami perasaan dan sakit yang kita rasakan. Hanya kita dan ALLAH sahaja tahu betapa peritnya bila di lukai.

***Perempuan sering di kecewa dan di lukai. Bukan perempuan sahaja Lelaki pun lalui perkara yang sama juga seperti perempuan. . Kadang Bila si Dia ni menggunakan ayat manis untuk memikat hati kita sahaja. Bila kita dengar dan baca hati kita dah mula Cair dengan cara si dia. Tapi kita tak tahu kadang tu itu semua hanya berlandaskan ayat manis sahaja. Tapi si Dia tak memaksudkan begitu. Mulut berkata manis kita sudah cair. Kita sendiri tak tahu Hati si dia itu sebenarnya masa menulis ayat manis itu hanya nak sedapkan hati kita tapi Hati dia sendiri tak pernah ada buat kita. *Kecewakan kalau terjadi macam ni? Hati-Hati okay!!

***  Kadang-kadang kita jadi keliru dengan hati dan perasaan kita. Bila kita dah ada BF/GF Tapi hati kita ni masih sayang pada Ex kita. Tak mustahil lah bila dia muncul kembali dalam hidup kita , Pada masa yang sama kita sudah ada orang lain. Kadang tu kita akan kembali pada Ex kita. Sebab kita lebih kenal dia lagi lama dan pernah bahagia pada ketika itu. Tapi atas nasihat saya jangan pernah buat keputusan yang terburu-buru. Kita takut bila kita dengan EX kita perkara lama akan berulang. Bila kita dengan orang baru mungkin kita akan lebih bahagia dan mencipta satu cerita baru dengan dia. Tapi itu semua atas keputusan anda juga. Tengok pada perubahan sikapnya dulu...

***  Kadang bila kita sudah ada kekasih pun hati ni masih lagi suka memainkan perasaan dia. Kadang jarak kita dengan si dia berjauhan. Mula lah kita untuk curang. Pasang beberapa yang kta mampu selagi dia tak tahu. Cuba anda bayangkan bila anda di tempat dia. Bila anda dah mula sayang seseorang dengan Ikhlas tapi akhirnya anda dapat tahu anda di permainkan. Apa perasaan anda ketika itu? Mesti hati ni luluh dan sakit sangat. Ada satu tahap tu kita menangis dan sampai GIVE UP untuk bercinta... Jagalah orang yang sentiasa menghargai diri kita ini, Kerana Orang itu lah yang akan menyempurnakan hari anda....

***  Bila kita dah luangkan masa bersama BF/GF kita berdua. Kita dah jumpa dia. Kadang dalam satu hari tu lepas kita berjumpa pun macam tak cukup kan? Ada je lagi belum puas lepas rindu. Masa nak balik tu nak lepaskan dia macam susah je. Macam dah tak ada hari lain untuk jumpa. Itu sebenarnya perasaan cinta kita ikhlas untuk dia... Bila dah putus dengan dia kita akan ingat semua kenangan kita bersama dia. Dari mula kita berjumpa dan sampai lah hari terakhir kita bersama dia. Bila kita duduk sorang-sorang. Sunyi je dan kita akan ingat kita pada . Ingat gelak tawa dia, senyuman dia, gurau dia, tangisan dia, gurauan senda dia, saat dia buat kita bahagia, Ingat saat dia buat kita bahagia, ingat cara dia propose kita, ingat semua tentang dia, ayat manis dia dan segalanya tentang dia. Itu lah lumrah yang kita akan rasakan bila kita kehilangan orang yang kita sayang...

ASSALAMMUALAIKUM sampai di sini sahaja coretan saya. Jangan pernah mengalah dalam meneruskan hubungan percintaan. Bawa berbincang bersama. Jangan ungkapkan kata putus. Apa pun terus maju kehadapan dan jangan pernah untuk menyerah kalah untuk mengejar impian anda yang akan jadi realiti suatu hari nanti. Ada masa saya akan update lagi Blog saya. Harap anda terhibur ya. Assalammualaikum :)


//OLDER////NEWER//