Thursday 29 August 2013 • 8/29/2013 11:20:00 pm • 0 Famous
JIKA ENGKAU UNTUK DIRIKU

Assalammualaikum semua pengikut dan pembaca Blog saya. Harini saya kembali untuk update Blog saya dan kongsikan cerita yang saya ingin sampaikan pada anda semua. Okay saya tak nak terlalu banyak berborak kosong di sini. Saya akan teruskan dengan situasi yang pernah kita alami dalam hidup kita. Ini mungkin pernah kita alami dan sedang alami. Terus membaca dan selami .........

Dalam hidup ini kita akan rasa saat bahagia yang sementara dan bahagia yang berpanjangan. Kalau sementara kita punya perhubungan percintaan itu adalah jangka masa yang pendek dan Bahagia berpanjangan pula jangka masa yang panjang atau selamanya. Okay itu bukan apa yang saya nak cerita. Tapi itu adalah serba sedikit saya ingin terangkan kepada anda :)

Kadang dalam hidup kita ni kita mudah sangat jatuh cinta. Mungkin kita jatuh cinta bersebab. Bukan hanya pada paras rupa. Tetapi perwatakan diri dia yang menyenangkan membuat kita selesa dan jatuh cinta pada diri dia. BETUL TAK?*Kalau betul angguk kepala haha.. Bukan setakat itu sahaja ayat yang dia lemparkan kepada kita dan cara dia yang sangat ambil berat dan beri perhatian lebih pada diri kita juga sudah cukup buat kita jatuh hati pada dia. Kerana sikapnya yang begitu prihatin. *SEMUA ORANG AKAN SETUJU DENGAN INI :) Mungkin ada cara yang lain cara dia yang sekepala dengan diri kita, Memahami diri kita, bagi kepercayaan pada diri kita, sentiasa bagi kita semangat semasa kita jatuh terduduk. Itu pun mampu buat kita cair dan terharu dengan dia. Sebenarnya banyak lagi. Tapi cukup lah rasanya kan :)

Okay sekarang saya nak cerita di mana anda kerap dan mungkin pernah Alami situasi ini. Kadang tu    kita terlalu sayang dan cinta pada diri dia. Dia pernah membahagiakan diri kita dan mencipta memori yang indah sewaktu kita bersama. Perkara sebegini rupa lah yang kita susah untuk terima kenyataan bila kita sudah putus hubungan dengan diri dia. Bila duduk sorang-sorang mesti teringat diri dia. So, automatically kita akan rindu pada dia dan mula menangis. Sebab tu kita susah nak move on. Orang lain senang lah cakap''Alar lupakan dia ramai lagi lah orang dekat dunia ni'' Tapi bila kita cuba tapi tetap susah. Makin nak cuba lupakan diri dia makin kuat pula ingatan ni teringat pada diri dia even kita sakit hati dengan dia. Ini semua kerana Sayanggggg :) *OKAY SETUJU TAK DENGAN SAYA PASAL INI? HEE :) Tapi jangan risau kita akan terus move on dengan kehidupan kita bila ada seseorang yang baru di pertemukan ALLAH dalam hidup kita, Mungkin orang baru ini berupaya dan mampu membuatkan diri kita sayang pada diri dia dan kita pun dapat melupakan kisah yang lama :)*BETUL KAN? HEEEE :)

Okay kita sambung yang seterusnya pulak, Ada juga yang Dah bagi harapan dekat orang ini dan menjalinkan hubungan percintaan mereka. Tiba-tiba dia sanggup memutuskan orang yang sayang pada diri dia bagai nak Rak ni hanya kerana EX dia...* Tak patut tau. Kesian dia.Fikir perasaan dia. Ex biar lah masa lampau hurmmm :( Di sebabkan itu dia terus Down gila. Orang yang dia sayang get back dengan EX dia. Sebab tu manusia ni pantang kalau ada orang kacau Relationship diaorang. Takut jadi macam ni lah. Especially kalau EX tu hadir balik dalam hidup. Shuhhhhhh tak patut tak patut kan :) Tak apa lah lumrah hidupkan... Sabar okay ujian dari ALLAH. Dia bukan yang terbaik. So yang terbaik in sha ALLAH pasti akan hantar buat diri kita yang penyabar ni. AMIN :)

CERITA yang terAkhir ni saya nak cerita tentang apa yang kita pernah alami dan kita harap sangat..... Bayangkan korang dah couple lama dan memang sangat lama dan dah bercadang nak kahwin semua. Dia lah satu-satunya yang kita kenal dan terlalu kenal perwatakan, cara diri dia dan paling penting perwatakan diri dia. Tapi sayang ada satu halangan yang terpaksa buat mereka berpisah. So, diaorang ambil keputusan untuk berpisah. Tapi pada masa yang sama mereka berdua ni masih lagi contact dan tak pernah terlepas sehari pun untuk tidak berhubung*Sweet gila kan? Even dah break... Mereka jadi kawan yang sangat baik. Even dah putus diaorang still share everything. Cerita macam-macam lah. Sepanjang diaorang menjadi kawan si lelaki dan perempuan ni dan pernah terlintas untuk mencari orang yang baru. Sebaliknya mereka berharap diri mereka seperti dulu. Even mereka berkawan. perasaan sayang tu masih ada sebab diaorang still contact dan perbualan mereka sebagai kawan pun masih sama seperti dulu. Diaorang saling memahami, saling membantu, bagi semangat antara satu sama lain. Jarang sangat kan berlaku macam ni dah PUTUS pun boleh jadi kawan baik. Ada perjalannya selepas itu mereka menjalin hubungan percintaan semua dan bahagia sampai sekarang.*Whoa terharu gila. Ada juga antara golongan sebegini mereka masih berkawan rapat dan baik. Masing masing dah berpunya tapi mereka still contact sebagai kawan. Mereka saling memahami. So, antara mereka terus menyokonng antara satu sama lain*Ya ALLAH BESTNYAAA :D Saya yang excited!! heee :)

ALHAMDULILLAH habis juga saya menaip serba sedikit cerita ini. Ini adalah rekaan saya di mana saya cuba kaitkan dengan kehidupan dunia ini :) Kalau ada apa apa cadangan untuk saya reka sesebuah cerita. Just mention saya di Twitter @HaziqRefff . *Ada 3 ''F'' TAU :) . Harap anda semua terhibur dan seronok dengan coretan saya pada Entry kali ini atau sebelumnya. Teruskan menyokong dan membaca ya. Terima kasih atas sokongan anda dan komen yang positif saya terima tentang Blog saya Alhamdulillah Amin. Jumpa lagi ASSALAMMUALAIKUM SEMUA SEMOGA SIHAT SELALU DAN DI BERKATI ALLAH DI DUNIA DAN AKHIRAT :)


//OLDER//